top of page

TENTANG SEKOLAH

SEINDAH BICARA SEIKHLAS KATA,



​Alhamdulillah , bersyukur saya  ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita diberikan nikmat kesihatan untuk meneruskan anjakan pendidikan sekolah kita. Tahun 2015 telah menjadi sejarah kenahgan dan iktibar. Tahun 2016 menjelma dengan menjanjikan pelbagai peluan dan kejayaan yang perlu diraih dan diusahakan.

 

Laman web SK Tun Dr Syed Nasir akhir telah berjaya disiapkan. Menerusi laman web proses penyampaian maklumat akan lebih cepat dan efektif. Sehubungan dengan itu juga, pelanggan-pelanggan yang berkepentingan akan lebih mudah untuk akses dan mendapatkan maklumat berkaitan sekolah.

 

Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat diuruskan dengan baik dan terus ditingkatkan dari masa ke semasa. Lakukan yang terbaik untuk meraih yang terbaik. Sehati sejiwa demi sasaran terlaksana.​

 

 

 

Pn Hjh Khalijah bt Attan
​Guru Besar

Visi & Misi

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1966 di atas sebuah tapak seluas 12 ekar, 1 rod dan 6 pol. Asal nama sekolah ini ialah Sekolah LKTP Pasak. Jarak sekolah dari pusat bandar Kota Tinggi ialah 9.5 kilometer. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Abu Bakar bin Sulong. Pada awalnya, sekolah ini hanya mempunyai satu blok bangunan, enam bilik darjah, sebuah stor dan kantin.

© 2023 by Franklin Day School. Proudly created with Wix.com

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page